Searching

14 Juli 2009

tanda-tanda kiamat

Hadith: Tanda-tanda besar Qiamat

Huzaifah bin Usaid alGhifari RA berkata: "Telah datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu Nabi bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?" Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari Qiamat." Lalu Nabi SAW bersabda: "Tidak akan terjadi hari Qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya." Kemudian Baginda menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam 'alaihissalam, Ya'juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab, dan yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka." (HR Imam Muslim)


Takhriij alHadith:

Dikeluarkan oleh Muslim dlm shahihnya Jld 4, Kitab alFitan, #2901. Juga Ibn Athiir, Jami' alUsyuul yg dikeluarkan oleh Abu Daud dan atTirmidzi. Hadith shahih dari jalur Hudzaifah alGhifari RA.

Fiqh alHadith:

Tanda-tanda dalam hadith Hudzaifah ini dinamakan tanda2 besar Qiamat. Tanda-tanda besar bermakna Qiamat itu sudah terlalu hampir atau manusia berada di ambang Qiamat.

Tanda #1: Dukhan (jerebu atau kabut tebal)

Kabut atau jerebu tebal yg menjadi bahaya ialah bila ia mencecah indeks bacaan 500 ke atas.

Para salaf berpecah menjadi dua golongan bila mentafsirkan jerebu ini. Kumpulan Ibn Mas'ood RA, Mujahid, dan ibn Jarir atTabari menetapkan Dukhan atau jerebu ini adalah tanda Qiamat yg sudah pun berlalu di zaman RasuluLlah SAW sempena turunnya surah adDukhan. Jerebu yg menimpa kaum Quraisy.

Kumpulan Imam Ali bin Abu Tholib RA, Abu Said alKhudri RA, Ibn Abbas RA, Ibn Umar RA, alHasan bin Ali RA dan Hasan alBasri mengatakan jerebu ini benar2 tanda besar Qiamat dan ia belum lagi terjadi. Hadith Hudzaifah ini adalah dalil mereka.

AlHafiz Ibn Kathir RH mendokong pendapat Ali dan Ibn Abbas. Imam Nawawi ketika mensyarhkan hadith ini menyatakan jerebu itu meliputi bumi selama 40 hari. (Syarah Muslim 18/27)

Tanda #2: Keluarnya alDajjal alMasih

Dikembarkan istilah alMasih kepada Dajjal ialah kerana alMasih bermaksud salah satu matanya terhapus (Ibn Athir), ada pun Dajjal bermaksud pendusta. Maka Dajjal alMasih = Pendusta yg bermata satu. (Ibn Athir, Jami' alusyul 9/356)

Fuqaha' yg menolak munculnya alDajjal alMasih ialah Imam Muhammad Abduh, mantan Mufti Mesir. Beliau menetapkan Dajjal yg dimaksudkan itu adalah aliran kesesatan secara umum (Tafsir alManar, Jld 3).

Manakala faham Muktazilah, Khawarij dan Jahmiyah menolak secara total karena jika benar Dajjal suatu ancaman kepada manusia, niscaya alQuran ada menyebutnya, tapi tidak ditemui dalam alQuran.

Namun i’tiqad ASWJ menetapkan melalui hadith2 yg mutawatir akan kemunculan Dajjal alMasih di akhir zaman sebagai tanda besar Qiamat. Pendetailan mengenai ciri2, tanda2 mengenal Dajjal tidak dapat dibahaskan di sini kerana ia teramat banyak dalam kitab-kitab yg beredar di pasaran, cuma perhatikan hadist-hadist yg menyalurkan maklumat tentang Dajjal itu shahih atau hasan.

Tanda #3: Keluarnya 'Daabbah' (binatang melata)

Hadith Hudzaifah ini menguatkan maksud ayat 82 surah An-Naml : (Kami mengeluarkan sejenis binatang melata dari bumi).

Tujuan binatang ini keluar ialah sebagai suatu peringatan yg terakhir kepada orang kafir supaya beriman dan kepada orang Islam supaya tetap istiqamah. Daabbah ini bukan monster atau binatang yg memakan manusia!

Komentar Syaikh Ahmad Syakir pada Musnad Imam Ahmad:

Perihal Daabbah (binatang melata) ini maklum pada orang yg berbahasa Arab suatu makna yg luas (tidak terhad) pada istilah binatang. Malah Daabbah adalah kalimah yg membawa maksud yg luas. Maksudnya suatu istilah yg hanya dimengerti oleh orang yg memahami bahasa Arab.

Tanda #4: Terbitnya matahari dari sebelah Barat

Ini bermakna Jepun bukan lagi negara matahari terbit. Morocco atau Maghribi pula akan dinamakan negara matahari terbit.

Hadith ini adalah syarh kepada ayat 158 surah Al-An'am. Kata Imam AtTabari dan Ibn Kathir ketika mentafsir ayat ini, salah satu tanda itu ialah terbitnya matahari dari Barat.

Kata Imam Ibn Hajar (alFath), bila hal ini berlaku, maka pintu taubat pun ditutup. (Fath alBari 11/352)

Tanda #5: Turunnya Isa putera Maryam AS

Kabar Rasulullah SAW ini menguatkan ayat Al Qur'an sebelumnya:

- Q.S An-Nisaa : 157-158
- Q.S Az-Zukhruf : 61
- Q.S An-Nisaa': 51

Maka disimpulkan:

Turunnya Isa AS di akhir zaman.

Tujuan Isa turun ialah melaksanakan semula syari'at Muhammad dan memerangi semua agama yg lain dan keamanan akan melimpahi bumi selama 40 tahun. (Albani, Silsilah asShahihah/IV/559)

Tanda #6: Keluarnya Ya'juj wal Ma'juj

Menurut Ibn Hajar (Q.S Al-Fath 13/107), asal usul Ya'juj dan Ma'juj ialah keturunan Adam jua.

Hadith Hudzaifah di atas menguatkan dalil Al-Qur'an mengenai kemunculan dua kaum yg ganas itu di Akhir zaman.

Q.S Al-Kahfi : 94 (Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Ya'juj dan Ma'juj sentiasa melakukan kerusakan di muka bumi)

Q.S Al-Anbiyaa' : 96 (Sehingga terbuka tembok yg menyekat Ya'juj dan Ma'juj serta mereka meluru turun dari tiap2 tempat yg tinggi. Dan hampirlah datangnya janji hari Qiamat yg benar)

Ada pelbagai tafsiran:

Sebagian mengatakan Dua kaum pemusnah ini sudah berlalu, yaitu ketika keluarnya kaum Monggol dan Tartar dari Asia tengah. Antara yg berpendapat demikian ialah Almarhum Ustaz Sayyid Qutb dalam Tafsir Az Zilal. Imam Al Qurthubi juga berkata kemungkinan kaum Tartar dan Mongol itu adalah Ya'juj dan Ma'juj. Begitu juga pendapat Ibn Athir, alKamil: 13/375

Pendapat yg lain ialah Ya'juj dan ma'juj itu muncul ketika zaman turunnya Isa putra Maryam AS. jika ada kaum yg sebelum turunnya Isa, ia adalah ciri-ciri Ya'juj wal Ma'juj sahaja. Akhirnya Ya'juj dan Ma'juj ini dibinasakan dengan berkat do'a Isa alMasih (Dr Sulaiman alAsyqar, alYaum alAkhir, Kuwait, 1988, Syaikh Yusof Abdullah, alWabil, 'Alamaat alQiyamah alKubra)

Tanda #7: Tiga khasaf di sebelah Timur, Barat dan Jaziirah Arab

Berkata alHafiz Ibn Hajar (alFath: 12/ms 84), gempa atau runtuhan besar ini belum berlaku lagi walaupun gempa itu sering terjadi di berbagai tempat. Tetapi gempa tanda Qiamat ini adalah gempa yg amat besar sekali berlaku di Timur, Barat dan Semenanjung Arab yg membawa kemusnahan yg dahsyat.

Ulasan

Gempa yg dahsyat selalunya >9.5 di atas skala Richter, spt yg berlaku di Aceh yg mengakibatkan kesan Tsunami yg melanda satu kawasan yg besar di Indonesia, Sri Langka, India, Thailand dan Malaysia. Rata-rata bila ditanya orang yg menyaksikan Tsunami ini, maka mereka menyangkakan Qiamat.

Tanda #8: Munculnya api yg besar di Yaman (Kota Aden)

Ibn Hajar berkata: Api ini adalah tanda terakhir tanda-tanda Qiamat yg besar dan petanda pertama bermulanya fasa Qiamat (Q.S Al-Fath: 13/82)

Bila api itu muncul, maka manusia akhir zaman akan berduyun-duyun berkumpul di tempat2 perhimpunan masing-masing. Mereka berpusu-pusu melarikan diri beramai-ramai dan sesiapa yg tidak berpindah, akan dimakan oleh api itu. Tempat tumpuan perhimpunan ialah Syria (Ibn Kathir, anNihayah 1/259)

TAMAT syarah hadith Hudzaifah bin Usaid RA.


- s2s (salafi2sunnah@yahoo.com)

Tidak ada komentar:

bukti kebenaran Al-Qur'an sebagai lapisan bumi

keajaiban Allah

sering-sering berkunjung ke soeteja blog & salam persahabatan

AYAT AL-QUR'AN.:.SEARCH AJA DISINI

Pencarian Ayat Al Quran
sholat,zakat,puasa :
 

convert to PDF